Search This Blog

Tuesday 28 March 2017

Taat akan ALLAH




Assalamualaikum, mulakan hari kita dengan niat kerana Allah. Mulakan sesuatu perkerjaan dengan kalimah yang indah seperti BISMILLAH sesungguhnya Allah kan permudahkan urusan kita di muka bumi ini. 

Alangkah ruginya kita apabila masa hidup di dunia telah diberikan peluang oleh Allah SWT kita mensia siakan umur kita nerlalu begitu sahaja sedangkan kita tidak menggunakan sepenuhnya untuk manfaat kehidupan dihari akhirat nanti. 

Sebagaimana di dalam hadis Rasululluh SAW yang bermaksud ; "Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudian serta kecergasannya".

Jadi kita sebagai umat islam yang sejati haruslah menggunakan peluang yang diberi Allah untuk menunaikan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larang-Nya untuk menunjukkan bahawa kita taat kepada pencipta kita iaitu Allah SWT.   

Sebagai umat Islam yang sejati kita haruslah taat terhadap perintah Allah agar kita dapat syafaat-Nya di akhirat kelak nanti. Terdapat beberapa contoh amalan yang boleh kita taat terhadap pencipta kita. 

Antaranya solat lima waktu sehari semalam, solat merupakan perintah Allah yang paling utama yang telah diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah SAW secara langsung atau terus tanpa perantaraan Jibril a.s. seperti mana yang telah kita ketahui di dalam peristiwa Isra' dan Mikraj. Ini memberi petunjuk yang begitu jelas bahawa ibadah solat adalah ibadah yang amat penting sehingga Allah Taala mengangkat Rasululluh SAW sendiri kelangit untuk mengambil kefardhuan solat seumpama seorang ketua memanggil pekerjanya ke dalam bilik untuk memberikan tugasan yang amat penting. selain itu, solat juga penting bagi umat islam yang sejati ini kerana di akhirat kita akan disoal tentang solat terlebih dahulu. 



Selain itu, menuntut ilmu, mengajarkannya dan mengamalkan ilmu tersebut. Islam mewajibkan kita menuntut ilmu fardhu kifayah yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terbelakangan dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredai Allah SWT. Ilmu yang dimiliki perlu disampaikan dan disebarkan kepada semua manusia supaya dapat dimanfaatkan dan sebagai saham dan pahala yang berterusan.






5 comments: